Sunday, May 25, 2008

Anak-Anak Yatim - Contohi RasuluLLah s.a.w.

Pada suatu hari Nabi Muhammad, RasuluLlah s.a.w, hendak ke Mesjid untuk menunaikan Solat hari raya. Tiba-tiba baginda terserempak dengan seorang anak yang sedang menangis, lalu baginda bertanya' "Kenapa engkau menangis hai anak?" Dengan nada yang hiba anak tersebut menjawab "Saya tidak punyai ayah, rakan-rakan memakai baju baru, saya keseorangan."
Baginda membawa anak tersebut pulang ke rumah lalu bertanya' "Mahukah engkau mendapat seorang ayah iaitu RasuluLlah s.a.w dan saudara kamu ialah Fatimah?" Budak itu seterusnya beliau mandikan dan diberi pakaian baru.

Anak-anakku

Saya berkesempatan untuk meluangkan masa dengan anak-anak yatim Permata Camar. Ketika itu anak-anak sedang menyiapkan diri untuk menghadiri satu program luar yang melibatkan kenamaan.
Ditengah-tengah kesebukan anak-anak mengenakan baju serta menyiapkan diri, ternampak saya sorang anak sedang memilih baju dan seluar untuk dipakai. Dicubanya sehelai kemudian ditanggalkan. Kemudian ambil sehelai lagi, begitu juga kerenahnya.
Anak-anak lain kelihatan siap berpakaian , warden sudah pun menaiki van untuk membawa anak-anak.
Anak yang kerdil itu masih terkial-kial membelek baju-baju yang lusuh. Saya merapatinya. tersenyum, tapi nampak risau. Mungkin terasa beliau kelewatan.
"Kenapa tak pakai yang ini" tanya saya sambil menunjukkan sehelai baju yang nampak masih baru . "Ni baju Mirul"jawabnya rengkas. Baju kawan asramanya. "tapi tak muat" tambahnya lagi. "Baju yang beli Raya hari tu mana" tanya saya lagi. Beliau bergegas keluar. Kemudian kembali dengan sepasang baju dan seluar lalu dipakainya.
Tampak begitu lusuh. Saya memegang seluar slack kelabu yang dipakainya. Sambil memegang saya bertanya "Seluar lain tak de?" Dia jawab "tak ade" selamba. Saya panggil salah seorang warden meminta warden menggosok baju serta seluar anak kerdil itu. Bajunya lembab dan seluarnya masih basah..

(insan kerdil di atas ketika itu baru 3 minggu mendiami Permata Camar. Kehilangan ayah manakala pendapatan ibu tidak sampai RM300 sebulan. Dalam usia kecil sebegitu anak ini akan diajar berdikari. Berusia 7 tahun sementara anak-anak kita yang seusia dengannya masih dikepit, dibelai, ditatang dan disayangi. Anak ini hampir hilang segalanya. )

Saturday, May 24, 2008

Rumah Anak Yatim - Pembinaan Surau


Hasil daripada sokongan serta derma orang ramai serta organisasi-organisasi yang prihatin terhadap perjalan Penempatan Anak-Anak Yatim Nadwah-Permata Camar, kami telah berjaya memulakan pembinaan sebuah surau bagi kegunaan penempatan ini serta orang ramai.

Pembinaan dimulakan pada bulan April 2008 dan dijangka dapat disiapkan pada bulan Julai 2008.

Apabila siap nanti, surau ini dijangka dapat menempatkan 150 orang jemaah pada setiap waktu solat.

Rumah Anak Yatim & Saya

Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah - Permata Camar, ditubuhkan dalam tahun 2004. Walaubagaimanapun usaha penubuhan telah dimulakan sejak Jun 2002 lagi.
Selaku setiausaha kebajikan NADWAH ketika itu, saya telah diberi amanah untuk mengerakkan hasrat NADWAH untuk menubuhkan sebuah penempatan anak-anak yatim di Kuantan.
Berbekalkan kertas dasar yang ditulis oleh Tn Haji Halidan ( sekarang ini Pengurus Besar PKZ Pahang) pada tahun 2000, cerita-cerita pengalaman NADWAH dalam penubuhan Pusat Hemodialisis Islam Makmur (PHIM) serta kesedaran kewajipan yang perlu dipikul, Nadwah berjaya merealisasikan hasratnya untuk menubuhkan sebuah penempatan anak yatim.
Saya secara kebetulan dilantik sebagai pengurus .

Rumah Anak Yatim - Pengenalan

Penempatan Anak-Anak Yatim NADWAH - Permata Camar ditubuhkan dalam tahun 2004. Bermula dengan pengambilan 5 orang anak-anak yatim miskin, Permata Camar kini memberi perlindungan kepada 26 anak-anak yatim dan miskin di sekitar Negeri Pahang.
Permata Camar diurustadbir oleh Badan Nadwah Islamiah Pahang, NADWAH, sebuah NGO dakwah yang menekankan aspek dakwah bil hal di dalam aktivitinya.
Sehingga kini NADWAH telah berjaya mengorak langkah didalam menubuhkan sebuah klinik Hemodialisis (bagi pesakit-pesakit buah pinggang), penempatan anak-anak yatim serta sebuah mini market.