Tuesday, June 17, 2008

Anak Yatim - Orang Tionghua Pun Simpati

Pengalaman saya sebagai pengurus Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah - Permata CAMAR banyak memberi pengajaran kepada saya. Selain itu kenalan saya bertambah.
Saya mendapat peluang untuk berasimilasi dengan ramai orang dari berbagai peringkat. Orang kenamaan, wakil rakyat, ahli perniagaan, pegawai kerajaan, orang biasa di jalanan, penuntut institusi pengajian tinggi, keluarga miskin yang hidup susah antara segelintir yang dapat saya kenali.

Kalaulah populariti menjadi ukuran, sebenarnya saya sudah menjadi popular di Kuantan. Tetapi saya diamanahkan dengan suatu tanggungjawab. Dan tanggungjawab itu harus saya pikul dengan kudrat yang ada serta kelemahan manusia yang saya warisi .

Kebanyakan yang saya temui menyatakan hasrat ingin membantu . Setelah menceritakan keadaan anak-anak yang menghuni di Permata Camar, rata-rata menyatakan simpatis dan tidak kurang yang menitiskan air mata menefestasi rasa prihatin mereka terhadap insan-insan kecil yang mengalami hidup tragis dari usia yang amat muda.

Namun saya kagumi dengan Kebesaran yang Khaliq. Orang-orang yang saya sangka hidupnya semata-mata satu permainan seronok sambil menghimpun harta semaksima mampu, didalam hati kecilnya ada seklumit rasa simpati terhadap insan yang digelar anak yatim. Yang paling taajubnya, ia merentasi batas kaum dan agama.

Loh (lebih kurang 50 umurnya )merupakan seorang berbangsa Tionghua yang menjual pokok bunga (Nursery) di Jalan Tok Sira. Kenny ( diawal 30han) juga bebangsa tionghua jurujual bahan binaan di Jalan Abdul Aziz antara 2 insan yang saya kenali sepanjang penglibatan saya dengan Permata CAMAR.

Saya masih ingat, sebatang pokok kelapa bali lebih kurang 5 kaki tinggi saya beli daripada Loh pada harga RM100 ( termasuk hantar dan tanam ) . 3 minggu yang lepas saya dapat membeli 4 batang pokok yang sama pada harga RM240. Apabila saya bertanya " Itu hari kenapa jual mahal" Loh jawab " Itu lu punya. Ini untuk rumah yatim" jawabnya tegas tapi airmukanya nyata jelas, dia ikhlas. "Rumah yatim kita kena tolong" tambahnya lagi.

Saya mendapat nombor telefon Kenny daripada seorang sahabat kontraktor kerana saya bertanyakan beliau harga sekeping Atap genting Konkrit. Terus saya panggil Kenny melaui telefon bimbit. Pendeknya Kenny memberi harga RM 1.35 sekeping bagi jumlah 6000 keping. Tapi hanya boleh dihantar selepas 3 minggu. Penghantaran itu saya raskan sudah terlambat, saya ada menerima notis kenaikan harga bagi penghantaran selepas 21Jun. Saya berasa agak cemas. Kenny membuat beberapa panggilan. "Bos angkat kualiti baik ada stok , harga RM3.50" cadangan Kenny. Saya terus mengeleng kepala tidak setuju, terlalu mahal. "Ini rumah anak Yatim" tegas saya. Kenny membuat beberapa panggilan. "Bos you boleh buat surat itu anak yatim" tanyanya sekali lagi. Beliau memberi harga RM1.40 bagi kualiti Gred A yang biasa dijual RM3.50. Apabila beliau berlalu, saya ternampak pada badan Four Wheel Drive yang dipandunya tertulis Persatuan Buddha Negeri Pahang.

Saya tidak merasa tertekan apabila orang kata kuasa politik Melayu, Ketuanan Melayu sudah tiada. Kan lebih bermakna kalau kita dapat mengIslamkan orang-orang seperti Kenny dan Loh. Kerana saya yakin mereka ini akan lebih komited terhadap Islam jika Allah SWT mengtakdirkan mereka ini mendapat nikmat serta kemanisan Islam.

No comments: