Friday, June 27, 2008

Siapa kata Ayah tak sayang Anak...

Semasa kecil ayahku selalu mengucup pipi serta dahiku. Aku tidak ingat sampai usia bila ia terhenti. Lebihkurang 5 tahun yang lepas ayah mengucup dahi serta pipiku setiap kali aku balik ke kampung dan setiap kali aku bertolak balik ke rumahku. Ketika itu aku sudah berusia 43 tahun. Pada usia itu aku berasa kekok tetapi cukup aku fahami. Sekarang usia ku sudah hampir 50, setiap kali aku sampai atau meninggalkannya aku pastikan yang aku menciumi ayahku dahulu. Aku harap ayah ku dapat memahami. Aku tidak merasa kekok. Kerana aku takut, kali terakhir aku mencium dahi ibuku, lebihkurang 3 tahun yang lalu. Pada waktu itu Ibu sudah terbujur kaku, menanti kain putih menutup wajahnya buat selama-lama. Ibuku tidak sempat memahami....
Siapa kata Ayah tak Sayang Anak?

No comments: