Wednesday, June 11, 2008

Hassan Al Basri Yang diKagumi

Abu Sa'id al Hassan ibn Abi'l Yassar al Basri atau Imam Hassan al Basri, ulama besar, Tabiin (Generasi selepas Sahabat ), dilahirkan di Madinah al Mukarammah pada tahun 21 Hijriyah. Berasal dari keluarga yang ibu dan bapanya adalah hamba sahya, Hassan al Basri dibesarkan oleh Ummu Salama, isteri junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Imam Hassan banyak berdamping serta belajar dengan para sahabat di Masjid Nabawiy waktu usia mudanya. Antara para sahabat yang beliau rapat ketika itu termasuklah Saidina Usman RA, Saidina Ali RA, Abu Musa Ashaari, Abdullah bin Umar, Abdullah ibn Abas, Malik bin Anas dan banyak lagi. Beliau pernah mengatur perjumpaan dengan 70 pejuang Badar dan tidak urang daripada 300 para sahabat.
Imam Hassan berpindah ke Basra bersama keluarganya ketika usia 16 tahun. Basrah ketika itu merupakan sebuah bandar yang menjadi tumpuan cerdik pandai dan diiktiraf sebagai Pusat Ilmu terbesar ketika itu.
Hasil dari tumpuannya mempelajari ilmu daripada para sahabat, menjadikan Imam Hassan sebagai Ulama besar yang dikagumi. Selain daripada terkenal dengan kebijaksanaannya, beliau seorang yang warakdan zuhud . Beliau juga terkenal dengan kepetahan bercakap dan berhujah yang sentiasa mengingatkan pendengar tentang Allah sehingga pendengar menitiskan air mata lantaran takut dan sedar akan kekerdilan dirinya yang akan menghadapi Allah.
Beliau tidak hanya dikagumi oleh cendiakiawan Muslim ketika hayat beliau, malah di kalangan Filosouf bukan Islam. Thabit bin Qurrah mengiktiraf Imam Hassan sebagai Pemikir hebat yang sedikit yang lahir dari Kehebatan Agama Islam yang dicemburui oleh sarjana dari penganut agama lain.
Kekentalan Ilmu beliau serta makam ketakwaan yang tinggi dan amalan perbuatannya menjadi asas keberanian beliau untuk menegur pemimpin di zamannya. Umar Hubairat, gabenor Iraq ketika itu dan Khalifah Yazid sering berasa cemas apabila Imam Hassan memberi khutbah atau teguran. Malah beliau pernah berkata "Tanamkanlah perasaan gentar kepada Allah SWT dan bukan kepada Yazid, sedangkan Yazid tidak mampu memisahkan kamu daripada Allah SWT. Bila-bila masa sahaja Allah SWT akan menghantar malaikatNya untuk meragut pangkat yang kamu sandang, dan menarik kamu dari Istana kamu yang luas untuk dibawa kepada ruang kubur yang sempit"
Beliau meninggal dunia dalam tahun 110 Hijrah, meninggalkan khazanah ilmu amalan yang banyak . Seluruh penduduk Basrah menghadiri pengkebumian beliau sehingga Masjid Juma Basra kosong ketika beliau disemadikan untuk kembali kepada penciptanya.

No comments: