Friday, June 27, 2008

Senibina Surau Permata Camar


Sehingga ke tarikh ini, 27hb Jun 2008, kemajuan binaan Surau Permata Camar mencapai 52%. Walaupun ianya agak terlewat berbanding dengan jadual asal pembinaan, kelewatan ini dijangka dapat di atasi.

Surau ini merupakan sebahagian daripada Cadangan Pembangunan Kompleks Permata Camar yang dijangka boleh disiapkan sepenuhnya pada tahun 2011. InsyaaLlah.

Pembinaan surau yang diilhamkan oleh Sdr Zunaidi, D'View Design, mencampurkan adunan senibina Melayu kontemporari dengan siapan atau sentuhan ciri-ciri senibina Islam.

No comments: