Monday, June 9, 2008

Surau Permata Camar - Kemajuan Kritikal.....


Salam. Para sahabat akhir-akhir ini banyak bertanya berkenaan dengan kemajuan surau Permata Camar. Presiden Nadwah pun dah mula tunjukkan kerut di dahi. Mungkin bimbang surau yang dicadangkan tidak dapat disiapkan sebelum bulan Ramadhan tahun ini.

Sehingga hari Jumaat lepas , 6hb Jun 2008, kemajuan baru mencapai 36%. Sedangkan tempoh masa pembinaan telah melangkau 2 bulan daripada tarikh memulakan pembinaan. Logiknya kontraktor perlu menyiapkan baki 64% selewat-lewatnya pada 30hbOgos 2008. Lebih kurang 2 bulan 21 hari. Kalau siap 31hb Ogos 2008 , bolehlah kita menyambut hari kemerdekaan sekali.
InsyaaLlah sehingga ke hari ini perunding pembinaan serta kontraktor begitu optimis pembinaan boleh disiapkan selewat-lewatnya penghujung Julai. Bermaknanya kita ada sebulan untuk mengemas atau membuat persiapan untuk menghadapi Ramadhan. Alasannya, apabila struktur awal serta kerangka bangunan sudah disiapkan, kerja-kerja yang lain menjadi mudah.
Apapun keadaannya, kami di dalam Jawatankuasa Pembangunan Permata Camar tidak berdiam diri bersandar kata-kata keramat perunding serta kontraktor . Doa dan tawakkal sahaja tidak memadai . Kerja harus terus berjalan. Kewangan menjadi pelincir untuk melicinkan perjalanan. Tuan Haji Halidan telah kita amanahkan untuk mengetuai Jawatankuasa Dana. Setakat ini nampak jalan seiring dengan kemajuan pembinaan.
Walaubagaimanapun kami masih memerlukan sumbangan dari orang ramai. Surau Permata Camar ini adalah merupakan sebahagian daripada Cadangan Kompleks Anak-Anak Yatim Nadwah - Permata Camar. Surau ini merupakan kemudahan pertama dibawah cadangan kompleks tersebut. Jadi marilah sama-sama kita menjayakan pembinaan surau ini. Sumbangan saudara-saudari masih kami perlukan. Moga-moga kita mempunyai sejumlah saham di dalam pembinaan surau dan Kompleks ini nanti. InsyaaLlah.

Untuk Menyumbang : sila hubungi Badan Nadwah Islamiyah Pahang, Nadwah di talian 09 5178703 atau layari laman web Nadwah - http://www.nadwahpahang.org.my/v1/

No comments: