Wednesday, June 25, 2008

Jangan Berkata Apa Yang Tidak Kita Lakukan

Pada suatu hari, seorang lelaki separuh umur menghampiri Imam Hassan al Basri. Ketika itu Imam Hassan sedang berjalan menuju ke Masjid di Basrah untuk mengimamkan solat Jumaat. Lelaki tersebut dengan pakaiannya yang lusuh terus menyapa Imam Hassan, katanya "Ya! Hassan aku tahu tuan seorang yang alim dan mulia. Allah SWT telah mengurniakan kepada tuan ketinggian ilmu dan kepetahan bercakap. Kewibawaan agama yang ada pada Tuan membuat pemimpin tunduk dan rakyat ramai terpukau dengan kebesaran Allah. Peribadi tuan terpancar pada apa yang tuan katakan kerana Tuan tidak berkata melainkan apa yang Tuan lakukan. Allah telah mengurniakan kekuatan kepada Tuan dan orang akan patuhi apa yang tuan sarankan." Imam Hassan terpaku mendengar pujian lelaki tersebut. Dengan nada meminta, lelaki tersbut menyambung " Aku mohon kepada mu Imam Hassan, agar dapat tuan bercakap pasal keistimewaan orang yang membebaskan hamba abdi di dalam khutbah tuan, agar aku dibebaskan oleh tuan ku daripada belenggu penghambaan ini."

Jumaat berlalu, lelaki tersebut keciwa, kerana permintaanya tidak ditunaikan oleh Imam Hassan.

Jumaat berikut lelaki hamba yang sama itu sekali lagi menghampiri Imam Hassan dan merayu sebagaimana permintaannya yang awal.

Sekali lagi lelaki hamba ini keciwa, kerana Imam Hassan tidak juga bercakap berkenaan apa yang dipintanya.

Dua jumaat berlalu melainkan kekeciwaan kepada sihamba lelaki tadi. Namun tidak berputus asa lalu dihampirinya Imam Hassan buat kali ketiga. Namun Imam Hassan tidak berkata apa-apa.

Selang beberapa hari selepas Jumaat ketiga, lelaki tersebut menghampiri Imam Hassan lalu berkata, "Ya Hassan aku berterima kasih kepada mu kerana berkat khutbah serta nasihat mu, tuan aku telah membebaskan aku dari belenggu hamba. Tapi aku ingin bertanya kepada mu ya Hassan "Mengapa tuan ambil begitu lama (3 kali jumaat) untuk berkata ." Imam Hassan menjawab " Sesungguhnya ketika kali pertama engkau memohon, pada simpananku ada seorang hamba kerana aku perlukan khidmatnya. Tetapi aku berniat untuk membebaskannya. Pada minggu kedua aku tidak boleh berkata kerana aku masih tidak mampu membebaskannya. Aku baru membebaskan hamba ku pada minggu ketiga, lalu aku tunaikan permintaan kamu. Aku tidak mahu berkata kerana aku takut Allah SWT akan melaknat diriku kerana aku takut untuk mengatakan apa yang tidak aku lakukan."


No comments: