Friday, June 27, 2008

Ayah tak sayang anak

Baru-baru ini saya terdengar satu ceramah motivasi/agama melalui radio. Kebetulan anak lelaki saya bersama saya. Beliau berumur 16 tahun.
Penceramah membangkitkan isu gelagat anak-anak muda yang semakin tersisih daripada norma-norma kehidupan kekeluargaan.
Oleh kerana mungkin audien atau sasaran pendengar adalah di kalangan ayah serta ibu, penceramah menceritakan dialog bersama dengan seorang remaja, nyata ibu bapa menjadi mangsa.
Anak ini merupakan seorang remaja belasan tahun yang merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang secukupnya dari ayah. Ungkapan dialognya berbunyi begini;
Penceramah "Anak rasa , ayah sayang tak anak?"
Remaja ''Tak"
Penceramah ''Kenapa?"
Remaja " Ayah tidak pernah meluahkan kata sayang kepada saya"
Penceramah " Kalau tak sayang takkan ayah belikan baju, seluar, dan
beri makan dan minum"
Remaja " Itu memang tanggungjawab seorang ayah"

Penceramah mengambil dialog simple untuk membuka mata ibu bapa tentang perlunya kita meluahkan kata sayang kepada anak-anak kita. Pada waktu yang sama anak degil akan merasa lega kerana mendapat alasan bagi terus untuk renggang dengan ibu bapanya. - Itu Memang tanggung jawab seorang ayah.
Penceramah lupa untk bertanya " Kalau ayah sudah menunaikan tanggungjawabnya, tanggungjawab remaja bagaimana?"
Kerana kasih sayang merupakan menifestasi rasa hati yang perlu ada timbal balik.

No comments: