Thursday, July 3, 2008

Antara Maruah dan Keenakan Kuih Donut

Sebuah syarikat pemegang franchise makanan segera yang berasaskan kuih donut yang berpusat di Amerika Syarikat mengeluarkan iklan terbaru syarikat tersebut baru-baru ini. Iklan tersebut memaparkan Chef Celebrity Rachel Rey sebagai pemegang watak utama .

Iklan yang pada mulanya nampak biasa sebagaimana iklan-iklan lain yang pernah diterbitkan oleh syarikat yang sama, tiba-tiba mendapat kritikan daripada pengkritik-pengkritik yang kononya mewakili pejuang-pejuang hak asasi yang perihatin terhadap isu-isu hak asasi, penindasan kaum serta kebebasan beragama.

Iklan tersebut kemudiannya ditarik balik dari penayangan di siaran-siaran telivisyen seluruh Amerika. Iklan tersebut memaparkan Rachel Rey memakai sehelai keffiyah (selindang) yang dililit di bahunya.

Penarikan penayangan iklan tersebut dikatakan akibat menyinggung perasaan mereka yang cintakan keamanan serta penyataan sikap penentangan terhadap keganasan.
Pemakaian Keffiyah dikaitkan dengan keganasan dan masyarakat Islam khususnya pejuang Palestin yang sering mengenakan keffiyah untuk melilit kepala mereka.

Kenapa kita Umat Islam masih lagi bersikap apologetic? Dihina dinista tetapi masih menyanjung apa yang diberi oleh Barat kepada kita. Apakah kita sudah berhabis pantang dan mula membeli barangan keluaran Negara Geertz Wilder ahli parlimen Belanda yang menghina kita Umat Islam.
Sampai bila kita harus menanggung kehinaan ini….

No comments: