Thursday, July 31, 2008
Sekolah Kristian Popular di Bumi Islam
Terdapat 287 sekolah missionary dan Kolej yang ditadbir oleh Gereja Katholik di Bangladesh. Keseluruhan 143,500 pelajar menuntut di 227 sekolah rendah dan 56 kolej pengajian tinggi jenis ini. Daripada keseluruhan angka-angka ini, 90% pelajar bukan beragama Kristian.
Penduduk Islam
Pengajian disekolah-sekolah serta kolej ini dikatakan bukan hanya menyediakan pendidikan formal yang berkualiti, tetapi juga mengajar anak-anak pendidikan moral dan disiplin yang dianggap penting didalam proses pembesaran pelajar.
sumber UCA News, Big News Network.com / 31Julai2008
Sistem Kewangan Islam Di Kota London
Sudah sekian lama
Selain daripada ekonomi mereka yang besar, kepentingan ketiga-tiga Negara didalam transaksi perdagangan adalah disebabkan sistem kewangan yang cekap dan telus.
Berbanding ketiga-tiga Negara utama itu tadi,
Terbawa-bawa dengan kehendak pelanggan yang umumnya daripada Negara-negara Arab,
Persekitaran politik serta ekonomi yang lebih terbuka mengambil kira sikap
Tidak hairanlah kalau sekarang ini terdapat 4 buah Bank Islam bersaiz besar yang memberi khidmat kewangan yang selari dengan kehendak Syariah sepenuhnya. Manakala terdapat 21 buah lagi Bank Konvensional yang menawarkan produk yang sama.
Perkembangan permintaan terhadap sistem kewangan Islam, secara terpaksa atau besifat menyesuaikan, mendorong Bank Pusat England untuk memberi insentif secukupnya bagi memastikan perkembangan sistem pelaburan dan perbankan yang beretika atau mirip sistem Perbankan Islam.
Impak perbankan Islam sungguh terkesan sehingga banyak peniaga-peniaga ingin mencuba sistem perbankan yang mereka anggap lebih telus, selamat dan mendatangkan keuntungan yang lebih.
Ketua Pegawai Eksekutif, UK Social Investment Forum, Penny Sheperd menganggap tiada garis pemisah diantara Pelaburan Beretika dengan Sistem Pelaburan/Perbankan Islam.
Seorang Pengamal undang-undang di Kota
Tempat pelaburan yang selamat, jaminan pertumbuhan keuntungan serta kestabilan sistem itu sendiri membuat masyarakat London semakin yakin dengan sitem Kewangan Islam.
Terjemahan dan olahan daripada tulisan asal Rodwah Kurshid, Islami Online
Monday, July 28, 2008
Buat Warga MRCB - Terimalah Sumbangan Kami
Sejak ditubukan tahun 2004, Penempatan Anak-anak Yatim Permata Camar sering mendapat kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat. Baik jawatankuasa serta ahli jemaah surau kampung, pelajar institusi pengajian tinggi, Kakitangan hospital awam dan Swasta, Ahli korporat serta warga kakitangan korporatnya, tentera tempatan mahupun luarnegara tidak putus-putus mengunjungi asrama Permata Camar .
Beginilah kebesaran Allah . Yang kaya berkereta besar, masyarakat biasa sebagaimana ada, yang tiada harta tapi kaya budipekerti, yang gagah dan berkereta sorong , masing-masing punya misi dan visi. Untuk membantu meringankan beban , mencurahkan kasih sayang sementara untuk anak-anak Permata Camar dengan hasrat dapat mencuci dosa dan noda , meratap kesilapan memohon ampun kearah menuntut Keredaan Allah.
Selaku Pengurus Permata Camar, saya berasa amat berterima kasih kepada Allah SWT kerana pada satu hari lebih kurang 2 minggu yang lepas, saya menerima panggilan telefon dari En Ahmad Mazwani, yang mengenalkan dirinya sebagai kakitangan MRCB Berhad. Beliau bertanyakan kemungkinan untuk menganjurkan program bersama anak-anak camar pada hari Ahad 27hb Julai 2008. Sebagaimana biasa saya terpaksa menyelak diari Permata Camar. Walaupun jadual Julai agak sibuk, saya menerima kunjungan tersebut dengan hati terbuka. Lebihkurang 30 orang kakitangan akan bersama-sama beliau.
Bagi kami 30 atau 300 tiada bezanya, kerana sudah menjadi amalan rutin di Camar. Cumanya pertimbangan yang saya harus buat ialah masa anak-anak yang sering diganggu serta masa kakitangan asrama yang memang tiada ruang untuk berehat. Yang mungkin ada semasa kesemua lampu di asrama padam, tanda anak-anak sudah berlabuh dibirai katilnya. 24 jam sehari. 7 hari seminggu.
Empat hari sebelum tarikh lawatan, En Ahmad sekali lagi menelefon memberitahu bahawa Tuan Sharil Rizal Ridzuan , Pengarah Urusan kumpulan MRCB, Dr Saharizwan Shafie, Ketua Pegawai Perhubungan Perniagaan serta beberapa pegawai pengurusan atasan MRCB akan hadir.
Kehadiran Pengarah Urusan kumpulan MRCB, sebenarnya sudah cukup membuat saya kagit seketika. Kali ini bukan 30 orang akan bersamanya tetapi 100. En Sharil Pengarah Urusan muda yang telah berjaya mengepalai MRCB Berhad, konglomerat Bumiputra tempatan yang berjaya meletakkan MRCB kembali dari kemerosotan untung kepada syarikat gergasi yang memertabatkan Umat Islam di Malaysia. Dengan keuntungan 2007 mencecah RM60Juta, MRCB dijangka meraih laba yang lebih besar bagi tahun kewangan 2008.
Sebagaimana program yang lain, kami bertekad untuk menjadikan kunjungan ini suatu hadiah dari kami agar kami sentiasa dihati mereka.
Tepat jam 10 pagi, program dimulakan dengan ucapan Tuan Haji Badrul Huzaini pengerusi Nadwah dan Permata Camar. Harapan Permata Camar lazimnya setinggi gunung, mengharapkan bantuan simpati bagi memantapkan lagi perjalanan serta pelan jangka panjang Permata Camar. Entah apa responnya , bagi kami itu bukan urusan kami. Cukuplah sekadar Allah yang menentukan.
Nyata kami tidak hampa, Permata Camar menerima sumbangan kewangan serta bekalan barangan keperluan harian. Namun ia mungkin tidak terhenti disitu sahaja. En Shahril Ridzal meminta kami mengajukan permohonan terus kepada MRCB kerana sumbangan hari ini hanyalah daripada anak syarikat MRCB berhad serta kakitangan yang hadir.
Dengan amalan tradisi MRCB yang sentiasa prihatin, yang menjadikan tanggungjawab social sebagai salah satu agenda korporat mereka, kami yakin Permata Camar boleh tegak sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.
Bermodalkan Mee Hoon Goreng , Mee Goreng dan kuih muih ala kadar dan air oren sunquik setabung, kami hulurkan buat membasahi tekak kakitangan MRCB. Banyak mana balasan sumbangan pun kami terima dengan rela. Cuma yang kami nantikan peluang lain yang akan diputuskan oleh MRCB. Siapa lagi yang layak meluluskan peruntukan MRCB , kalau bukan Pengarah Urusan Kumpulannya sendiri.
Sunday, July 27, 2008
Warga MRCB Rai Anak-Anak Camar
Saturday, July 26, 2008
Kisah Dari Sebuah Rumah Usang
Buat masa ini, Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah – Permata Camar, memberi perlindungan kepada 30 orang anak-anak yatim dan miskin dari sekitar Pahang. Meskipun demikian , hanya 22 orang yang menginap sepenuh masa di asrama Permata Camar. 6 orang anak-anak bersekolah disekolah asrama penuh , manakala 2 orang lagi kekal tinggal bersama keluarga .
Badan Nadwah Islamiah Pahang (Nadwah) berhasrat untuk membina asrama tambahan bagi menampung keperluan pengambilan pelajar baru . Menurut perancangan awal, kita berhasrat untuk menempatkan sekurang-kurangnya 40 orang bagi tahun 2009. Walaubagaimanapun jangkaan ini semacam tidak dapat dipenuhi akibat daripada kekurangan sumbangan yang diterima yang memungkinkan hasrat ini dicapai.
Meskipun demikian, untuk tidak mengeciwakan permohonan ibu-ibu yang terdesak, Permata Camar mengambil pendekatan menghulurkan bantuan bulanan yang berterusan kepada anak-anak yang memerlukan pembelaan.
Baru-baru ini Nadwah telah memutuskan untuk mengambil 2 orang anak dari keluarga miskin yang hilang tempat bergantung, apabila si ayah meninggal dunia akibat sakit . Meninggalkan seorang balu serta 4 orang anak kecil, Nadwah rasa terpanggil untuk memberi pembelaan sewajarnya, namun
Dengan rasa hiba kita terpaksa menerima hakikat kekurangan ini. Namun bagi mengurangkan beban si ibu yang hanya berpendapatan tidak sampai RM300 hasil dari jaja kuihnya, Nadwah memutuskan untuk memberi sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan. Meskipun angka tersebut belum tentu dapat menyelesaikan masalah si ibu yang dirundung masalah membesarkan anak, sekurang-kurangnya meringankan beban, menambah kekerapan santapan serta menegakkan tiang-tiang sengit rumah kayunya yang sudah usang sekadar melindungi keluarga ini dari kebasahan hujan dan kekeringan panas terik matahari. Sampai bila, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Nadwah menjadikan tanggungjawab, untuk menziarahi keluarga ini dari masa ke semasa. Kalau ada sumbangan beras gula serta keperluan harian yang diterima, kami pastikan keluarga ini tidak dilupakan. Biarpun belanja minyak untuk menghantar menjadi perkiraan, namun yang lebih utama , keluarga ini dapat diberi makan pakai secukupnya untuk memastikan si ibu terus dapat berdiri bangun, membanting tulang empat kerat mencari sumber rezeki yang lain untuk diagihkan kepada anak yang sentiasa mengharap.
Baru-baru ini ditakdirkan asrama Permata Camar menerima sumbangan beras gula serta biskut daripada hamba-hamba Allah yang sentiasa mengintai peluang untuk berbakti.
Menjadi kebiasaan, sebahagian sumbangan ini dihantar ke kelurga 5 beranak ini. Pegawai-pegawai dari Nadwah agak terkejut apabila melihat salah seorang anak tersebut ditumbuhi kudis dan nanah dikepala . Nyata belum mendapat rawatan apa-apa. Si ibu memberitahu anaknya telah mengalami demam panas selama
Oleh kerana tidak sanggup untuk menyusahkan orang lain, si ibu tidak pernah menghubungi kami, takut-takut kalau menggangu kerja-kerja kami. Bagaimana kalau si anak ini penyakitnya kritikal?
Mungkin jika kita tidak terlalu asyik dengan masalah kita semata-mata, melayani kerenah anak isteri yang tidak pernah lekang dari penglihatan mata , ditengah-tengah kesibukan melapangkan masa menziarahi Rumah Usang di belakang Hyper Market Giant, Tanah Putih, Kuantan atau mana-mana rumah usang yang menjadi sebahagian masyarakat kita, mungkin sebagaimana anak kita, sianak kecil ini kudisnya tidak sampai menanah.
Wednesday, July 23, 2008
Umat Islam Terus diHambat
Seorang pengkaji kaum minoriti (ethnic minority) dari Persekutuan
Isu jangkaan penurunan jumlah penduduk Russia dari 143 Juta sekarang ke 100 juta dalam tahun 2050 membuat penggubal dasar Rusia tertekan dan mendorong Presiden Vladimir Putin mengerakkan langkah awal bagi memastikan jangkaan ini tidak akan berlaku.
Kadar penambahan penduduk yang tinggi di kalangan penduduk minoriti Islam
Meskipun angka-angka ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi pemerintah
Namun yang nyata, kezaliman yang dikenakan ke atas umat Islam Russia di dalam banyak tindakan pembersihan etnik seperti di Chehnya contohnya, telah membuka mata lebih ramai penduduk Russia untuk mengenali agama Islam dengan lebih rapat lagi.
Kegigihan orang Islam
Kejatuhan
Menyedari bahawa pelan Perancangan keluarga dikalangan penduduk
Umat Islam harus terus dihambat.
++ Paul A Goble – http://www.iwp.edu/faculty/facultyID.6/profile.asp
Thursday, July 17, 2008
Budak MPK Yang Punya Harga Diri
MPK sebagai sebuah PBT yang berwibawa sering mendapat pengikirafan sebagai PBT yang berjaya meletakkan Kuantan sebagai Bandar paling bersih di Malaysia.
Jadi tidak hairanlah kalau MPK menggajikan kakitangan-kakitangan yang ramai didalam misi menjadikan Kuantan sebagai Bandaraya satu hari nanti.
Ditengah-tengah ratusan kakitangan MPK baik yang berkolar putih mahupun buruh yang menyorong kenderaan roda tiga mencuci kaki
Namun tidak banyak yang sanggup bersingsing lengan ke tengah payah hidup masyarakat mengabadikan masa terluang , menyeret capal berlindungkan jubah dan kepiah lekap dikepala dari satu surau ke satu surau bermuzakarah dan menganjurkan wacana ilmu. Berbincang dan mesyuarat dari agenda ke agenda kekerapannya mengalahkan sembahyang
Meskipun Nadwah atau Badan Nadwah Islamiah Pahang, hanya mempunyai keahlian yang kecil ( lebih kurang 146 ahli ) hendak disuruh menyorong mengalihkan bangunan buruk pun belum tentu mampu, namun sumbangan Badan Dakwah yang “non partisan” ini kepada masyarakat Islam Pahang tidak sedikit.
Mungkin dengan kekuatan kewangan tanpa batas sebagaimana yang ada pada Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Tun Daim apa yang dilakukan oleh Nadwah ini semacam percisan aktiviti konglomerat mereka, namun saya percaya ,Vincent Tan, Ananda Krisnan dan Tun Daim mungkin hanya dapat membina kekuatan ini dengan menabur imbuhan kepada kakitangannya. Tanpa imbuhan ini bagaimana?
Nadwah bergerak atas kesedaran keIslaman dan rasa keperihatinan serta tanggung jawab sebagai Khalifah dimuka bumi yang asalnya diamanahkan kepada langit, bumi dan bukit bukau. Hanya mengharap simpatis Allah SWT, insyaaLlah. Mengembeling tenaga 146 ahli menyedarkan dan menggerakan masyarakat, mengutip lebihan duit derma, merapatkan saf perjuangan dan menghimpun semangat islah menuju wawasan Islam .
Semuanya khidmat diberi percuma yang tiada pimpinan konglomerat boleh jual beli. Biar banyak manapun saham syarikat tersenarai diBSKL digadai janji sebagai pertaruhan harga diri.
Namun pengorbanan tidak sedikit. Keikhlasan yang dicari . Hanya balasan yang Khaliq sebagai janji jual beli.
Semuanya tidak mungkin berlaku, kalau kita Umat Islam tidak dapat menghargai, bersama-sama mengharungi saf-saf yang telah sedia berdiri atas nama Nadwah dengan pimpinan yang ada ataupun silih berganti. Terimalah bakti kami walaupun yang menjadi pemimpin nombor satu kami, Hanyalah Budak MPK.. tetapi punya Harga Diri.
* Tuan Haji Badrul Huzaini, merupakan Presiden , Badan Nadwah Islamiah Pahang . Beliau buat masa ini berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Kuantan.
** Pengarang tidak berhasrat untuk membuat promosi yang eksesif terhadap pimpinan serta organisasi Nadwah itu sendiri apatahlagi pengarang juga merupakan salah seorang AJK Nadwah, tetapi pengarang rasa terpanggil untuk memberi gambaran dari isi hati sendiri kerana terdengar beberapa kali komen sinis mengatakan “Presiden Nadwah tu budak MPK .”
***Pengarang tidak bertujuan untuk mengampu Presiden Nadwah kerana pengarang tahu pengarang tidak akan dapat apa-apa darinya melainkan tujuk ajar dan teguran.
Monday, July 14, 2008
Anak Melayu Sudah Tidak Malu
Uniknya di sekitar taman perumahan ini terdapat 2 buah institusi pengajian tinggi dan sebuah Kolej Komuniti.
Kekurangan tempat kediaman di kampus menjadikan pelajar terpaksa menyewa diluar. Didalam banyak situasi, opsyen kedua lebih digemari kerana mereka lebih bebas.
Malangnya, tanpa menamakan mana-mana institusi , pelajar-pelajar yang tinggal berjiran dengan orang awam sering mendatangkan masalah. Gejala berpeleseran , pergaulan tanpa batas sehingga menjurus kepada maksiat yang besar.
Dalam masa 24 bulan, 3 pasangan ditangkap berkhalwat dirumah sewa berhadapan tempat saya tinggal Itu pun kebetulan kerana saya mempunyai hubungan baik dengan unit Pencegah Maksiat, maka gejala seperti itu dapat dibendung. Namun selang beberapa rumah keadaanya lebih parah, sehinggakan jiran berbangsa
Dalam usia remaja, ketika rupa dan batang tubuh masih segar bugar, kesempatan sering diambil. Pelajaran sudah menjadi perkara sisipan yang tidak perlu diberi keutamaan.
Amat
Kadang-kadang saya sempat berbual dengan keluarga pelajar yang datang menghantar anak-anak. Tidak banyak emak ayah yang menghantar anak-anak ini dengan kereta besar, Mercedes , BMW, langsung tidak ada. Yang ada hanya kereta tempatan yang warnanya sudah hampir pudar sudah hilang serinya. Tidak banyak yang berasal dari Bandar besar seperti Johor Bahru atau
Keghairahan ingin melihat anak membawa scroll ijazah Universiti, menjadikan emak ayah ini sanggup bergadai gelang rantai pakainya. Menjual harta tanah tempat tingal serta peninggalan pesakanya. Amat
Berbagai penyelidikan telah dilakukan bagi menilai tahap masalah serta gejala sosial yang dihadapi remaja Melayu khususnya pelajar IPT . Sarjana-sarjana tempatan serta cendiakiawan universiti menggunapakai pelabagai kaedah selidik akhirnya memutuskan bahawa gejala sosial dikalangan pelajar IPT masih kecil. Kemudian dikhabarkan keseluruh media tempatan hasil selidiknya. Masyarakat Melayu kita tidak harus gusar lagi.
Mungkin kalau terkena anak-anak mereka yang melakukan ini semua, mahu mereka berontak siapa sahaja yang boleh mereka persalahkan. Pada masa itu, nasi sudah menjadi bubur kerana Anak Melayu sudah Tidak Malu lagi.
Surau Permata Camar - Kemajuan 62%

Isnin, 14hb Julai 2008. Alhamdulillah meskipun terlewat berbanding jadual asal , kemajuan surau Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah- Permata Camar mencapai tahap kemajuan 62%. Kenaikan harga barangan serta kelewatan didalam mendapat penghantaran telah mengakibatkan kelewatan.
Surau yang dijangka siap dan boleh digunakan pada penghujung bulan Julai 2008, terpaksa ditunda. Walaubagaimanapun ,pihak kontraktor telah diminta untuk menggandakan usaha agar kelewatan dapat diminimakan .
Sehingga ke tahap ini , Nadwah telah membelanjakan tidak kurang daripada RM140,000, bagi membayar upah pembinaan serta perbelanjaan belian.
Surau ini dijangka dapat memuatkan diantara 160 - 180 jemaah pada satu-satu masa, untuk kegunaan penghuni Permata Camar dan peduduk-penduduk di persekitaran.
Sehingga kini Nadwah masih lagi menerima sumbangan tunai serta sumbangan belian barangan daripada organisasi-organisasi serta dermawan-dermawan dari sekitar negeri Pahang.
Bagi pihak Permata Camar dan Nadwah, kami mengucapkan ribuan terima kasih. Moga-moga Allah dapat memberikan ganjaran yang setimpal sebagai balasan usaha mereka.
Surau Permata Camar ini merupakan sebahagian daripada Cadangan Kompleks Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah- Permata Camar yang dijangka siap sepenuhnya dalam tahun 2011.
Nadwah mengalu-alukan sumbangan seterusnya bagi menjamin usaha pembinaan ini berjaya.
Untuk Menyumbang , sila hubungi
En Emir atau En Nazri
Badan Nadwah Islamiah Pahang
09 5178703 atau 095164709
atau layari
http://www.nadwahpahang.org.my/v1/
Saturday, July 12, 2008
Ayah
ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Nyayian - Kumpulan Ae man
Gambar - Kumpulan Nasyid al Rijal, Permata Camar
Nasyid Ayah - Siapakah lebih Syahdu Menyanyikan?
Dengan nafas yang sungguh syahdu anak-anak camar telah mendendangkan lagu Ayah, yang dipopularkan oleh kumpulan Nasyid Ae man , di dalam Pertandingan Nasyid Bintang Mukmin di Giant Kuantan.
Mendengar bait-bait lagu serta mimik muka anak-anak camar yang menyanyikan lagu itu, ada penonton tidak dapat menahan rasa pilu dan hiba mereka. ( gambar sebelah - Juri Pertandingan dari Kumpulan Nasyid Mestica)
Walaupun kumpulan yang baru ditubuhkan itu tidak disenaraikan sebagai 3 kumpulan terbaik, pengiktirafan Juri ianya sebagai satu kumpulan yang sepatutnya memasuki Akademi Nasyid sudah cukup untuk menyemarakkan semangat anak-anak kecil ini.
Pertandingan Nasyid tersebut dianjurkan oleh Ubat Gigi Mukmin, Giant, Nasyeed.com dan beberapa kementerian telah diadakan dikawasan Letak kereta berbumbung di pasaraya Giant, Kuantan.
Monday, July 7, 2008
Yang Menyerang dan diTawan
Walaupun dengan langkah kawalan keselamatan yang agak ketat, diawasi askar-askar tempatan yang serba lengkap dari segi persenjataan, keintiman perajurit Amerika yang rata-rata masih muda dengan anak-anak Permata Camar tampak jelas.
Meskipun pada mulanya, Permata Camar agak ragu untuk menerima kunjungan orang-orang luar yang berlainan warna kulit dan pegangan agama, apatahlagi dari sekumpulan manusia yang sering dicemuh sebagai kumpulan insan berhati keras yang sentiasa prejudis terhadap umat Islam, Camar mengambil pendirian bahawa kesalah fahaman mereka terhadap Islam harus digarapi secara berdepan. Berhujah dan meyakinkan . Bukan dengan cara meminggir dan membiarkan kebencian terus menebal
Kunjungan yang dibuat pada pagi Sabtu 5hb Julai 2008, meskipun agak ringkas serta singkat, pengunjung sempat beramah mesra serta bermain dengan anak-anak Camar. Malah yang lebih meyakinkan, kesemua yang berkunjung walaupun tanpa pakaian seragam tenteranya, telah memakai kemeja T dengan seluar pendek yang labuhnya melebihi paras lutut.
Apakah ianya satu kebetulan? Walaupun semuanya berlaku dengan kehendak Allah, melihat gelagat mereka semasa di Permata Camar, nyata mereka menunjukkan rasa hormat terhadap satu institusi yang meletakkan Islam secara jelas pegangan serta ikutan, meskipun Permata Camar bagi mereka hanyalah sebuah tempat perlindungan anak-anak miskin yang sentiasa mengharap.
Soalan yang diajukan bukan sekadar berkenaan Permata Camar, malah lebih luas lagi mencakupi persolan aurat , hak-hak asasi dan pegangan agama serta jihad dan peperangan . Nyata pengetahuan mereka terhadap Islam tidak terhad. Pengalaman di Iraq serta Negara Umat Islam yang lain sebenarnya banyak menimbulkan persolan yang mereka ghairah ingin tahu. Nyata Islam tidak sehina yang dikhabarkan didalam dada-dada media mereka.
Ingatkah kita pada peristiwa kaum Tartar
Tiada didalam sejarah tentera yang lebih digeruni bengisnya melainkan tentera
Kemuliaan peribadi umat Islam di Baghdad. Ketegasan mereka melaksanakan perintah Islam walaupun disergah dan ditegah, serta keadilan yang dapat ditegak melalui hukum Allah menjadi pendorong kepada tentera bengis
Dengan cabaran hidup, kebejatan masalah sosial, tiada ketenangan jiwa, tidak berpedoman dan sentiasa didalam kekeliruan dan hiburan serta berpeleseran sebagai serapah serta ubat kepada penyakit jiwa serabut mereka, apakah anda rasa tentera Amerika ini lebih bengis dan sadis daripada tentera Tartar
Apakah yang menyerang ini nanti, dapat kita tawan ?
Thursday, July 3, 2008
Antara Maruah dan Keenakan Kuih Donut
Iklan yang pada mulanya nampak biasa sebagaimana iklan-iklan lain yang pernah diterbitkan oleh syarikat yang sama, tiba-tiba mendapat kritikan daripada pengkritik-pengkritik yang kononya mewakili pejuang-pejuang hak asasi yang perihatin terhadap isu-isu hak asasi, penindasan kaum serta kebebasan beragama.
Iklan tersebut kemudiannya ditarik balik dari penayangan di siaran-siaran telivisyen seluruh Amerika. Iklan tersebut memaparkan Rachel Rey memakai sehelai keffiyah (selindang) yang dililit di bahunya.
Penarikan penayangan iklan tersebut dikatakan akibat menyinggung perasaan mereka yang cintakan keamanan serta penyataan sikap penentangan terhadap keganasan.
Pemakaian Keffiyah dikaitkan dengan keganasan dan masyarakat Islam khususnya pejuang Palestin yang sering mengenakan keffiyah untuk melilit kepala mereka.
Kenapa kita Umat Islam masih lagi bersikap apologetic? Dihina dinista tetapi masih menyanjung apa yang diberi oleh Barat kepada kita. Apakah kita sudah berhabis pantang dan mula membeli barangan keluaran Negara Geertz Wilder ahli parlimen Belanda yang menghina kita Umat Islam.
Sampai bila kita harus menanggung kehinaan ini….