Monday, July 14, 2008

Surau Permata Camar - Kemajuan 62%



Isnin, 14hb Julai 2008. Alhamdulillah meskipun terlewat berbanding jadual asal , kemajuan surau Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah- Permata Camar mencapai tahap kemajuan 62%. Kenaikan harga barangan serta kelewatan didalam mendapat penghantaran telah mengakibatkan kelewatan.

Surau yang dijangka siap dan boleh digunakan pada penghujung bulan Julai 2008, terpaksa ditunda. Walaubagaimanapun ,pihak kontraktor telah diminta untuk menggandakan usaha agar kelewatan dapat diminimakan .

Sehingga ke tahap ini , Nadwah telah membelanjakan tidak kurang daripada RM140,000, bagi membayar upah pembinaan serta perbelanjaan belian.

Surau ini dijangka dapat memuatkan diantara 160 - 180 jemaah pada satu-satu masa, untuk kegunaan penghuni Permata Camar dan peduduk-penduduk di persekitaran.

Sehingga kini Nadwah masih lagi menerima sumbangan tunai serta sumbangan belian barangan daripada organisasi-organisasi serta dermawan-dermawan dari sekitar negeri Pahang.
Bagi pihak Permata Camar dan Nadwah, kami mengucapkan ribuan terima kasih. Moga-moga Allah dapat memberikan ganjaran yang setimpal sebagai balasan usaha mereka.

Surau Permata Camar ini merupakan sebahagian daripada Cadangan Kompleks Penempatan Anak-anak Yatim Nadwah- Permata Camar yang dijangka siap sepenuhnya dalam tahun 2011.
Nadwah mengalu-alukan sumbangan seterusnya bagi menjamin usaha pembinaan ini berjaya.

Untuk Menyumbang , sila hubungi
En Emir atau En Nazri
Badan Nadwah Islamiah Pahang
09 5178703 atau 095164709
atau layari
http://www.nadwahpahang.org.my/v1/

No comments: