Thursday, July 31, 2008

Sekolah Kristian Popular di Bumi Islam

Terdapat 287 sekolah missionary dan Kolej yang ditadbir oleh Gereja Katholik di Bangladesh. Keseluruhan 143,500 pelajar menuntut di 227 sekolah rendah dan 56 kolej pengajian tinggi jenis ini. Daripada keseluruhan angka-angka ini, 90% pelajar bukan beragama Kristian.

Penduduk Islam Bangladesh tertarik untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan kolej missionary ini adalah disebabkan kualiti pendidikan yang diberi.

Pengajian disekolah-sekolah serta kolej ini dikatakan bukan hanya menyediakan pendidikan formal yang berkualiti, tetapi juga mengajar anak-anak pendidikan moral dan disiplin yang dianggap penting didalam proses pembesaran pelajar.

sumber UCA News, Big News Network.com / 31Julai2008

No comments: