Monday, July 14, 2008

Anak Melayu Sudah Tidak Malu

Saya mendiami disalah sebuah taman perumahan di Kuantan Pahang. Taman ini terletak lebih kurang 5 km dari Bandar Kuantan.

Uniknya di sekitar taman perumahan ini terdapat 2 buah institusi pengajian tinggi dan sebuah Kolej Komuniti.

Kekurangan tempat kediaman di kampus menjadikan pelajar terpaksa menyewa diluar. Didalam banyak situasi, opsyen kedua lebih digemari kerana mereka lebih bebas.

Malangnya, tanpa menamakan mana-mana institusi , pelajar-pelajar yang tinggal berjiran dengan orang awam sering mendatangkan masalah. Gejala berpeleseran , pergaulan tanpa batas sehingga menjurus kepada maksiat yang besar.

Dalam masa 24 bulan, 3 pasangan ditangkap berkhalwat dirumah sewa berhadapan tempat saya tinggal Itu pun kebetulan kerana saya mempunyai hubungan baik dengan unit Pencegah Maksiat, maka gejala seperti itu dapat dibendung. Namun selang beberapa rumah keadaanya lebih parah, sehinggakan jiran berbangsa India kami sering membuat keluhan terhadap gejala yang menimpa anak-anak Melayu kita.

Dalam usia remaja, ketika rupa dan batang tubuh masih segar bugar, kesempatan sering diambil. Pelajaran sudah menjadi perkara sisipan yang tidak perlu diberi keutamaan.

Amat malang bagi kita bangsa Melayu beragama Islam, isu seperti ini dipandang sinis dan beranggapan hanya isu terpencil masyarakat setempat yang perlu digarapi kejiranan itu sendiri.

Kadang-kadang saya sempat berbual dengan keluarga pelajar yang datang menghantar anak-anak. Tidak banyak emak ayah yang menghantar anak-anak ini dengan kereta besar, Mercedes , BMW, langsung tidak ada. Yang ada hanya kereta tempatan yang warnanya sudah hampir pudar sudah hilang serinya. Tidak banyak yang berasal dari Bandar besar seperti Johor Bahru atau Kuala Lumpur. Yang ada dari kawasan yang hidup malamnya hanya sampai pukul 9.

Keghairahan ingin melihat anak membawa scroll ijazah Universiti, menjadikan emak ayah ini sanggup bergadai gelang rantai pakainya. Menjual harta tanah tempat tingal serta peninggalan pesakanya. Amat malang jika emak ayah ini dapat melihat kehidupan metropolitan , anak harapan pertaruhan gelang emas dan harta pesaka. Kerana pelajaran sudah tidak ada dalam benak kepala mereka.

Berbagai penyelidikan telah dilakukan bagi menilai tahap masalah serta gejala sosial yang dihadapi remaja Melayu khususnya pelajar IPT . Sarjana-sarjana tempatan serta cendiakiawan universiti menggunapakai pelabagai kaedah selidik akhirnya memutuskan bahawa gejala sosial dikalangan pelajar IPT masih kecil. Kemudian dikhabarkan keseluruh media tempatan hasil selidiknya. Masyarakat Melayu kita tidak harus gusar lagi.

Mungkin kalau terkena anak-anak mereka yang melakukan ini semua, mahu mereka berontak siapa sahaja yang boleh mereka persalahkan. Pada masa itu, nasi sudah menjadi bubur kerana Anak Melayu sudah Tidak Malu lagi.



No comments: