Thursday, July 31, 2008

Sistem Kewangan Islam Di Kota London

Sudah sekian lama kota London, New York dan Tokyo, Jepun menjadi peneraju kepada sistem kewangan antarabangsa. Tidak pelik jika hampir 70% peratus transaksi matawang dagangan dunia dikuasai oleh tiga matawang Pound Sterling, Dollar Amerika dan Yen Jepun.

Selain daripada ekonomi mereka yang besar, kepentingan ketiga-tiga Negara didalam transaksi perdagangan adalah disebabkan sistem kewangan yang cekap dan telus.

Berbanding ketiga-tiga Negara utama itu tadi, London menampakkan kesungguhan untuk menuju kearah system kewangan dan pelaburan yang lebih beretika.

Terbawa-bawa dengan kehendak pelanggan yang umumnya daripada Negara-negara Arab, London sanggup untuk menjadi hub bagi menawarkan sistem Pelaburan beretika yang banyak diceduk daripada sistem perbankan Islam.

Persekitaran politik serta ekonomi yang lebih terbuka mengambil kira sikap London yang lebih bersifat pelbagai budaya (multi culturalism) bersama-sama didalam suasana harmoni, menjadikan ianya satu daya tarikan bagi berkembangnya industri pelancongan, pelaburan dan pendidikan.

Tidak hairanlah kalau sekarang ini terdapat 4 buah Bank Islam bersaiz besar yang memberi khidmat kewangan yang selari dengan kehendak Syariah sepenuhnya. Manakala terdapat 21 buah lagi Bank Konvensional yang menawarkan produk yang sama.

Perkembangan permintaan terhadap sistem kewangan Islam, secara terpaksa atau besifat menyesuaikan, mendorong Bank Pusat England untuk memberi insentif secukupnya bagi memastikan perkembangan sistem pelaburan dan perbankan yang beretika atau mirip sistem Perbankan Islam.

Impak perbankan Islam sungguh terkesan sehingga banyak peniaga-peniaga ingin mencuba sistem perbankan yang mereka anggap lebih telus, selamat dan mendatangkan keuntungan yang lebih.

Ketua Pegawai Eksekutif, UK Social Investment Forum, Penny Sheperd menganggap tiada garis pemisah diantara Pelaburan Beretika dengan Sistem Pelaburan/Perbankan Islam.

Seorang Pengamal undang-undang di Kota London, Mr Thomas mengakui bahwa Sistem Perbankan ini merupakan fenomena baru yang diterima dengan baik oleh masyarakat Britain.

Tempat pelaburan yang selamat, jaminan pertumbuhan keuntungan serta kestabilan sistem itu sendiri membuat masyarakat London semakin yakin dengan sitem Kewangan Islam.

Terjemahan dan olahan daripada tulisan asal Rodwah Kurshid, Islami Online

1 comment:

MS Rizal said...

Salam ziarah dan salam ukhwah