Monday, July 28, 2008

Buat Warga MRCB - Terimalah Sumbangan Kami

Sejak ditubukan tahun 2004, Penempatan Anak-anak Yatim Permata Camar sering mendapat kunjungan dari pelbagai lapisan masyarakat. Baik jawatankuasa serta ahli jemaah surau kampung, pelajar institusi pengajian tinggi, Kakitangan hospital awam dan Swasta, Ahli korporat serta warga kakitangan korporatnya, tentera tempatan mahupun luarnegara tidak putus-putus mengunjungi asrama Permata Camar .

Beginilah kebesaran Allah . Yang kaya berkereta besar, masyarakat biasa sebagaimana ada, yang tiada harta tapi kaya budipekerti, yang gagah dan berkereta sorong , masing-masing punya misi dan visi. Untuk membantu meringankan beban , mencurahkan kasih sayang sementara untuk anak-anak Permata Camar dengan hasrat dapat mencuci dosa dan noda , meratap kesilapan memohon ampun kearah menuntut Keredaan Allah.

Selaku Pengurus Permata Camar, saya berasa amat berterima kasih kepada Allah SWT kerana pada satu hari lebih kurang 2 minggu yang lepas, saya menerima panggilan telefon dari En Ahmad Mazwani, yang mengenalkan dirinya sebagai kakitangan MRCB Berhad. Beliau bertanyakan kemungkinan untuk menganjurkan program bersama anak-anak camar pada hari Ahad 27hb Julai 2008. Sebagaimana biasa saya terpaksa menyelak diari Permata Camar. Walaupun jadual Julai agak sibuk, saya menerima kunjungan tersebut dengan hati terbuka. Lebihkurang 30 orang kakitangan akan bersama-sama beliau.

Bagi kami 30 atau 300 tiada bezanya, kerana sudah menjadi amalan rutin di Camar. Cumanya pertimbangan yang saya harus buat ialah masa anak-anak yang sering diganggu serta masa kakitangan asrama yang memang tiada ruang untuk berehat. Yang mungkin ada semasa kesemua lampu di asrama padam, tanda anak-anak sudah berlabuh dibirai katilnya. 24 jam sehari. 7 hari seminggu.

Empat hari sebelum tarikh lawatan, En Ahmad sekali lagi menelefon memberitahu bahawa Tuan Sharil Rizal Ridzuan , Pengarah Urusan kumpulan MRCB, Dr Saharizwan Shafie, Ketua Pegawai Perhubungan Perniagaan serta beberapa pegawai pengurusan atasan MRCB akan hadir.

Kehadiran Pengarah Urusan kumpulan MRCB, sebenarnya sudah cukup membuat saya kagit seketika. Kali ini bukan 30 orang akan bersamanya tetapi 100. En Sharil Pengarah Urusan muda yang telah berjaya mengepalai MRCB Berhad, konglomerat Bumiputra tempatan yang berjaya meletakkan MRCB kembali dari kemerosotan untung kepada syarikat gergasi yang memertabatkan Umat Islam di Malaysia. Dengan keuntungan 2007 mencecah RM60Juta, MRCB dijangka meraih laba yang lebih besar bagi tahun kewangan 2008.

Sebagaimana program yang lain, kami bertekad untuk menjadikan kunjungan ini suatu hadiah dari kami agar kami sentiasa dihati mereka.

Tepat jam 10 pagi, program dimulakan dengan ucapan Tuan Haji Badrul Huzaini pengerusi Nadwah dan Permata Camar. Harapan Permata Camar lazimnya setinggi gunung, mengharapkan bantuan simpati bagi memantapkan lagi perjalanan serta pelan jangka panjang Permata Camar. Entah apa responnya , bagi kami itu bukan urusan kami. Cukuplah sekadar Allah yang menentukan.

Nyata kami tidak hampa, Permata Camar menerima sumbangan kewangan serta bekalan barangan keperluan harian. Namun ia mungkin tidak terhenti disitu sahaja. En Shahril Ridzal meminta kami mengajukan permohonan terus kepada MRCB kerana sumbangan hari ini hanyalah daripada anak syarikat MRCB berhad serta kakitangan yang hadir.

Dengan amalan tradisi MRCB yang sentiasa prihatin, yang menjadikan tanggungjawab social sebagai salah satu agenda korporat mereka, kami yakin Permata Camar boleh tegak sekurang-kurangnya 10 tahun lagi.

Bermodalkan Mee Hoon Goreng , Mee Goreng dan kuih muih ala kadar dan air oren sunquik setabung, kami hulurkan buat membasahi tekak kakitangan MRCB. Banyak mana balasan sumbangan pun kami terima dengan rela. Cuma yang kami nantikan peluang lain yang akan diputuskan oleh MRCB. Siapa lagi yang layak meluluskan peruntukan MRCB , kalau bukan Pengarah Urusan Kumpulannya sendiri.

No comments: