Wednesday, July 23, 2008

Umat Islam Terus diHambat

Seorang pengkaji kaum minoriti (ethnic minority) dari Persekutuan Russia ,Paul Goble, meramalkan bahawa Russia bakal menjadi sebuah Negara yang bermajoritikan orang-orang Islam. Ramalan ini dijangka berlaku beberapa dekad lagi.

Isu jangkaan penurunan jumlah penduduk Russia dari 143 Juta sekarang ke 100 juta dalam tahun 2050 membuat penggubal dasar Rusia tertekan dan mendorong Presiden Vladimir Putin mengerakkan langkah awal bagi memastikan jangkaan ini tidak akan berlaku.

Kadar penambahan penduduk yang tinggi di kalangan penduduk minoriti Islam Russia menjadikan mereka lebih cemas. Dengan jumlah dikatakan melebihi 20 Juta dalam tahun 2005, syiar Islam terus berkembang dengan pembinaan 8000 buah mesjid berbanding 300 buah 15 tahun yang lalu. Jumlah ini dijangka meningkat ke 25000 buah dalam tahun 2015.

Meskipun angka-angka ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi pemerintah Russia sudah pun mengambil langkah drastik untuk memastikan kebangkitan Islam, sebagaimana diramal tidak akan berlaku.

Namun yang nyata, kezaliman yang dikenakan ke atas umat Islam Russia di dalam banyak tindakan pembersihan etnik seperti di Chehnya contohnya, telah membuka mata lebih ramai penduduk Russia untuk mengenali agama Islam dengan lebih rapat lagi.

Kegigihan orang Islam Russia yang ditindas, cerdik pandai serta para alim ulama yang tidak pernah patah hati didalam usaha Penyebaran Islam di Russia, telah memberi impak yang dalam. Remaja-remaja tidak beragama (atheist) nyata mula ingin berjinak dengan Islam.

Kejatuhan Russia di penghujung milenia yang lalu akibat terseret oleh kebejatan ekonominya menjadikan penduduk Russia mengambil tindakan jangka pendek mengamalkan Perancangan keluarga. Kini, setiap pasangan baru Russia, berpuas hati dengan hanya mempunyai seorang anak

Menyedari bahawa pelan Perancangan keluarga dikalangan penduduk Russia mendatangkan kesan negatif berbanding pertambahan penduduk Islam yang terus kekal tinggi , pemerintah sedar mereka sudah tersilap langkah. Russia kini mula percaya ramalan pengkaji Paul Goble mungkin berlaku.

Umat Islam harus terus dihambat.

++ Paul A Goble – http://www.iwp.edu/faculty/facultyID.6/profile.asp

No comments: